Search This Blog

Saturday, May 11, 2013

Happy guru-guru day


Assalamualaikum,


Motif gambar???
Masih misteri di pertengahan jalan.

16th May datang lagi...Special-for my cikgu... Kamu semualah...happy guru-guru day aku ucapkan.

Cikgu oh cikgu...

Seriously, tanpa cikgu tadika yang ajor A,B,C... Cikgu sekolah rendah ajo Kira-kira...1+1, 1x1... Cikgu kemahiran hidup, yang sempat menurunkan ilmu bercucuk tanam. cikgu pendidikan jasmani yang buat aku fit always sampai sekarang... Chooiiii! Cikgu sains yang sempoi buat jerok mempelam. Syok sangat.

Cikgu sekolah agama-absolutely membina tiang Islam yang aku pegang. Ajor sembahyang, subjek tauhid... Ibadat, b. arab hingga nembuatkan lidah aku terbelit-belit nak menyebutnya. Dua tiga orang cikgu ngaji mukadam Dan al Quran, ajor alif-ba-ta..

Cikgu sekolah menengah yang sweet Dan handsome-handsome sokmo. Almaklumlah aku sorang jek kot yang selekeh Dan... kematangan yang boleh dipertikai... Sob, sob... Cikgu sejarah yang digelar papa yokies ala cerita kartun telur yang popular maser tu. cikgu seniku yang cool sentiasa... Cikgu bi, subjek paling aku tak suka. Maap. Cikgu fizik-biology-chemistry yang selalu memeningkan kepala. Maap lagi sekali.

Lecturer kolej daripada serata dunia.. Tang rajin sangat bagi assingment dan suruh buat presentation sampai rasa nak bom jek satu ipts tu... And all kengkawan yang telah mengajar itu ini, mentor members dulu Dan sekarang.

Dan tanpa diorang... Takde la makna sekolah. Mak bapak korang pun tak mampu nak ajor semua subjek tu dalam satu masa kan. Lukis gambo pun orang lidi yang dah kebulur 100 hari tak makan.. Bab Algebra, sejarah melacca, cel-cel dalam badan.. Sains, ajor ngaji.. Hanya cikgu Dan gengnya ajer mempunyainya dan Akan memperlihatkan bakatnya... Awesome!

Saya (tetiba transform jadi baik) dengan ini mengucapkan terima kasih banyak Dan banyaknya atas jasa baik serta budinya ke atas ilmu Dan tunjuk ajar yang diberikan. Anak muridmu ini tersangat terharu Dan teramat sedih kerana tak dapat meraikan bersama-sama di hari penuh sejarah ini. Trimas cikguku!!! Terima kasih sekali lagi.. Dan lagi, kasih. Dan lagi.., lagi Dan lagi kasihnya.

Monday, May 06, 2013

Perkenalkan; Adik Si Haziqah

Assalamualaikum....

Okeh, meh aku perkenalkan korang dengan adik kepada Si Ziqa nih... Nama dia Muhammad Hafiz bin Hayazid. H-H la sama dengan Si Ziqa tuh... Dia dilahirkan pada pertengahan Febuari (Kalau tak silap).

Cik Ziqa nih kemain suka giler dapat Si adik, yek la ..... Kalau tak, teddy bear semua kena layan dia. Sejak da ada adik ni, dia busy sangat. Nak jadi ala baby sitter la tuh. Padahal baru belajar hidop tanpa 'pampers'. Itu pun kalo tak tahan.... Nenek!!! Nenek!!!!... Satu rumah bergegar dengan suaranya. Kesian Nenek dia. Tapi, nenek dia tak kesah pun, cucu sulung katakan.

Sekarang nih, dia da pandai tapau jajan... Biasa la kalau tak Tora,ding dong... Yang ada mainan kat dalam tuh. Pagi-pagi ikut nenek dia gi pasar, petang sikit ikut atok dia pulak... Lagi petang, ayah dia bawak jejalan.... Heaven dengan motor la hang yek.

Bila nak jalan-jalan... Dia ingat gak kat adik dia. Kalau adik ikut, dia kena/mesti ikut. Kalau dia ikut, adik tak ikut pun tak per.... Kahkahkah... Pandai!. Tapi, cik Ziqa siap tidurkan adik dia lagi dengan selawat nabi. Hebat tak? Tapi, cik ziqa suka gak kacau adik dia tidur... Dengan nyanyi kuat- kuat Dan terkinja- kinja. Paling best, adik Hafiz.... Relax jek celik mata sikit dan sambung tidur!

Gitulah ziqa dan adik barunya. So, tak sabar nak jumpa di orang semua. Cucu/ anak sedara pun dah bertambah. Da EMPAT orang!!!!
Alhamdulillah.


Thursday, May 02, 2013

Tutorial 1: Cara pakai selendang

Assalamualaikum semua.

Now i want to talk about fashion. So ladies gimme that red carpet please.
Like a boss.
: )


As we know, cover your hair, and covering your chest is di tuntut dalam Islam.
And few years back, I adore more to tudung sarung. Aku admit it. Easy, practical and saving your precious time, Also cheap!
Alkisahnya kalau time belajar dulu, sanggup terjah pasar malam dan also turun ke Nilai 3 naik bus buruk untuk grab this tudung pattern.
Yang harga Rm10.00 ke bawah, semua kau sapu. Hehhehe...
Op kos, masa jadik student duit poket tak banyak mana.

And bila dah kerja, Still loyal with this kind of tudung. But dah mula try jugak minat dipupuk pada selendang. Tapi day by day, mananya lagi nak sempat untuk lilit-lolot bagai. 'Cause lelagi kerjanya yang bukan cam orang dok opis tuh.
Jangan nak berangan terlebih Mak Minah oiii.

Treng-treng-treng...
And some of the reason, kita terpaksa forget about tudung sarung or even bawal to match with the event. Baju mahal-mahal apa gojes pakai tudung bawal plain?
And time tu mula la sibok nak kembur tunggang terbalik bilik coz nak carik selendang yang berkenan.
Itu belom lagi surfing google tok carik cara gaya yang deboom.
Sinonimnya, kita (wanita-wanita cantik) selagi tak lawa, jangan harap nak keluar rumah.
: )
I like this statement.


Imagine:
Pin sepuluh tercacak kat kepala, selendang dah senget benget.
Rambut pulak mula sibok nak inter frame.
Mesti cam, warrrghhh…
I'm better die.
Tak sanggup lagi merana untuk cantik.
Orang sekeliling pun naik pelik bila asyik keluar masuk toilet. ‘Diarrhea ke per budak nih?’
Cermin kecik dalam handbag jangan cakap la dah beraper kali kena ngadap. Susah bukan…

Aku pernah lalui semua tuh, and that's why aku prefer tudung sarung.
But,
Ada but-nya. Sebagai manusia yang tak boleh tengok orang kesedihan. Aku (sailor moon) sedia membatu! Aceccececec...

Please lap air mata darah sekarang dan meh dok pakat-pakat duduk rapat-rapat sambil pegang selendang di tangan.
Kalau tak de, gi fast and furious pinjam jiran sebelah rumah. Mesti wife or anak diorang ada banyak stock. Lainlah kalau diorang memang sepsis kedekut.

Tak de gak? Rembat kain pelikat ayah or kain batik emak korang atas ampaian sekejap!
Kejap jek. Nak stylista dak?
Ok...Terharu? Aku sempoi jek.
Hahahha…


Firstly korang kena ingat, Apa yang aku ajor korang adalah cara pakai selendang yang simple/ senang dan tak payah pakai pin banyak sangat. Keronsang jek… kalo korang nak more safe.
Besar ke kecik keronsang? Suka hati duit korang la.
Aku? Mak aku memang rajin sponsored anak dia punya keronsang. Anak dia kan semua baik-baik belaka (padahal pinjam tapi tak pulang-pulang).

FYI semuanya ada lapan cara/tutorial ++ one bonus.
Baik kan aku...Terharu lagi?
Belanja makan Kenny Roger’s satu set dan hantar ke rumah aku please.
Baru best.

Bersambung… sini: Tutorial 2, cara pakai selendang.
Teaser:

p/s-besok it’s my birthday… nampaknya kena beli kek sendiri dan makan sesorang la. Inilah nasib kalau duk jauh daripada family. I want to go home!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...