Search This Blog

Showing posts with label cucu kami sekeluarga. Show all posts
Showing posts with label cucu kami sekeluarga. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Bersama Cik Alia Qistina


Assalamualaikum.


Sepanjang hari aku dok kacau budak sorang nih. Dia adalah cik Alia (cucu kedua keluarga kami), seorang yang sangat berani dan ada ganasnya (tak dapat dinafikan dengan fakta). Memang aktif kemain, sampai berpeluh-peluh kejar dia. Dengan rambut kerinting dan gigi kecik-kecik… sangat energetik budak perempuan ini.

Bila di dalam kereta, dia sudah pandai duduk di seat belakang dan pakai tali pinggang. Genius! Hobi kesukaan dia adalah sakat kucing yang selalu dok mari kat rumahnya. Memang tak takut betol. Kucing tu yang takut kat dia. Terbaik!

Kecenderungan minat dia yang lain adalah duduk atas buaian kecik depan akuarium (ada ikan dalamnya) sambil minum botol susu. Tapi bila dia geram, dia akan tepuk-tepuk dinding akuarium… semua ikan akan lari bertempiaran! Hahahha…. Sampai satu tahap, dia campak penyepit baju Mummy dia ke dalamnya. Mungkin si ikan nak sidai sisik jugak. May be…


Cik Alia juga sangat comel loteh macam cik Ziqa (cucu pertama keluarga kami), bila dia buat muka kiutnya… semua orang boleh terpesona.
Cik Alia dah dapat seorang adik lelaki, Adam Haris (cucu ketiga keluarga kami)… mid awal bulan lepas dia lahir. Nak tengok tak muka adik dia???


Comel kan… macam cik Alia jugak!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...