Search This Blog

Showing posts with label cara pemilihan baju. Show all posts
Showing posts with label cara pemilihan baju. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Cara pemilihan baju yang sesuai


Assalamualaikum.
Hujung tahun lepas, aku sempat gegar gedung Jakel kat area JB nih. So, murah la gak kain-kain pasang yang di tawarkan… SALE-SALE-SALE- nak buat perabis stoke akhir tahun. Biasa la, nafsu berbelanja ni pantang ada orang sebut jualan murah… memang terasa duit pun cam murah la sangat! Kayakan pak cik kedai tu, kayakan dia…

Aku pun beli la enam pasang kain… RM 100.00 semua sekali. Pastu sebelum naik keta, aku tiba-tiba teringat yang aku dah beli kain pasang gak tiga masa awal November lalu. Apa kes??? Akukah yang salah? Huisshhh… takper, baju kurung nih… mak aku yang jahit. Aku bagi extra marks kat diri sendiri coz bagi ruang dalam lapan bulan lamanya untuk mak aku menjahit ini semua. Hahhahah… meriah-meriah-meriah Raya tahun ini. Saper yang nanti rasanya tak sempat nak beli, boleh pinjam aku punya baju kurung-FOC.

Dalam dok merayau-rayau, aku terpikat kat patung yang berbalut baju gini:



Cantikkan… nanti aku soh mak aku buat la. Hahhaha… bergaya-bergaya-bergaya. Aku tempah gak kat mak aku baju Peplum. Kadang-kadang terasa mendera mak sendiri pulak soh buat itu ini… tapi takper, mak aku tak de la nanti rasa boring dok sesorang kat rumah. Ada la benda yang boleh dia buat… daripada layan Tv sinetron Indonesia petang-petang sambil kunyah kerepek. At least aku bagi idea bernas lagi bermanfaat ini. Baikkah aku???

P/s-jangan di buatnya tersadai using semua kain pasang aku itu udahlah… 

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...