Search This Blog

Saturday, April 28, 2018

Packing oh la la

Assalamualaikum.

Tinggal dua hari je nak pergi.
Dan seriously, tak pack apa-apa lagi pon.
Derrr.
Sebab busy uruskan apa yang patut. Smooth kan mana yang perlu.
Dan akhirnya,
Bag TH wane itam pon tesergam cantik dengan all the plastiknya lagi.
Haruuu...

Excited tu memang dah bercampur-campur feeling dia.
Pastu, nih nak pack... boleh layan lagu sedih tau time lipat baju satu persatu.
Sob.sob.sob.
Alhamdulillah gak,
Dah ada list, so cam gambaran secara kasarnya apa yang perlu dibawa.
Phiew. Thanks to my sister in law.
Ohsem always.

Ada tak ada tuh. Nanti beli kat sana jela kan. Top up yang perlu.
Apa yang ada gunakan sebaiknya.
Kan?
Sebab dah memang jenis tak suka collect barang. So, my things memang mana yang penting jer.
Hehheheh...
Nasib la kalau dah perempuan tapi sifat sempoi kalah orang laki.
Nak buat camno.

So, untuk rujukan bersama, list nya seperti kat bawah:

1. Kain ihram+tali pinggang/telekung-2
2. Kurta/jubah-3
3. Seluar, shirt/ blouse-3
(Baju tidur pandai-pandailah include)
4. Tag ribbon-for bags
5. Ketayap/anak tudung-2
6. Socks-4
7. Undies-ikut banyak mana
8. Pantiliners+meds pc-ikut suka
9. Botol spray kecik
10. Botol air kosong-3
11. Lip balm, Vaseline-2
12. Selipar, kasut-2
13. Hanger-5
14. Plastic-baju kotor
15. Towel mandi, kecik-on s/b
16. Hair dryer-1
17. Cermin kecil, sunglasses
18. Buku umrah TH
19. Buku kecil, nota, doa-doa, pen
20. Sarung tangan-on s/b
21. Alat mandi, sabun baju sikit.
21. Pengetip kuku, gunting
22. Uncang kasut
23. Ubat-ubatan...
24. Charger, handset, camera
25. Baju melayu/baju kurung-1

Cukuplah agaknya, nak sumbat 30kg dalam tuh semua.
Agak la kan.

All my personal things dah sort out.
Amnahkan pada yang berkenaan.
Yelah.
Terima kasih yang menolong... menyusahkan korang jer.
Terima kasih sekali lagi.

Pastu dah siap-siap salam depa kat department.
And all friends yang patut. Dah message. Whatsapp.
Later nak post kat FB.
Mana tau, yang kaki social media nih. Kat sini jela depa tau kewujudan kita kan.
Huihuihuiii...
Ada eh, spesis kawan camni.

Anyway.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Doakan please.
= )

Friday, April 27, 2018

Tunggu aku

Assalamulaikum.

Lately, banyak pulak post pasal terbawak hati dan perasaan kan.
Buat korang rasa berat hati.
Buat aku rasa camtu jugak.
Hey…
Tak lama aku pergi.
Dua minggu jer.
Tak lama aku cuti.
Dua minggu setengah jer.

Tunggu aku!
Insyaallah aku balik.

Okeylah.
Tak ada niat nak bawak korang menangis sama atas apa yang dibaca.
Tolong sapu sikit air mata tuh.
Malu orang tengok.
Yang penting. Yang baik jadikan pengajaran, ya.

Jujur.
Aku sayang kawan-kawan aku.
Aku sayang kau.
Aku sayang siapa yang sayang aku.
Siapa tak sayang aku pon, aku sayang korang balik jugak.
Peluk sikit meh.
Sweet tak? Hheheheh…

Aku pergi untuk diri aku sendiri.
Aku yang cipta ini semua.
Aku yang harapkan perjalanan ini.
Aku perlukan ruang ini.
Aku perlukan semua ini.
Maaf.

Dan kelak. Suatu hari nanti.
Kau dan aku jauh.
Aku bukan berada di situ.
Sentiasa ada untuk memberi nasihat dan teguran.
Pada perilaku dan kata-kata yang diluah.
Dan.
Untuk buat kau sentiasa tersenyum.
Atau untuk memberi juga senyuman balas.
Yang selalu aku buat.
Rindunya…

Hasil carian imej untuk weheartit apologize

Alamak. Aku buat kau sedih lagi.
Tapi,
Take care of yourself. Please.
Even aku ada atau tiada di sisi.
Behave sematang-matangnya.
Ubahlah sebagaimana aku cuba menggubah diri aku juga di sana.
Kita menghala ke arah kebaikan.
Kita capai Jannah yang sama.
Balik nanti aku nak tengok.

Walau semangat untuk berjumpa.
Kau bukan untuk aku nilai.
Tapi engkau dinilai pada yang di atas.
Ingat tu.

Ego tak dapat aku kikis dalam diri seseorang manusia.
Pemilik hati itu sendiri.
Dia yang memegari dan melepaskan.
Itu diri dia.
Aku hanya menyinggah.
Aku hanya menyapa.
Aku hanya menegur.

Sebab aku sayang kau!

= )

Thursday, April 26, 2018

Sayap yang cedera


Ini pulak versi panjangnya.
Yang tersangat panjang.
Sebab takut nanti korang rindu lelebih.
And ada part buat leleh air mata sikit. Sikit jer.
So, silakan baca.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sujud syukur.
Waktunya telah tiba.
Seruaan itu makin memanggil-manggil.
Semakin kuat.
Semakin hampir.
Gelombang yang memukul iman dan hati.
Saat inilah yang selama ini dinanti-nanti.

Pada tahun demi bulan dan hari yang ditinggalkan.
Setiap kegagalan.
Setiap sayap yang cedera.
Setiap air mata yang diseka.
Ia tidak menghancurkan, ia mengguatkan.
Sungguh.
Kini, aku bersedia menghadapinya.

Debar dia pulak jangan nak ceritalah.
Beribu rasa.

Tapi inilah yang ku cari.
Daripada detik mimpi yang menggubah niat dan cara hidupku.
Ia sentiasa menggigatkanku.
Tak lama, dah. Pujuk hati.
Tanah itu bakal ku jejaki.
Bakal ku langkahi.
Tanah Haram.
Mekah.

Sujudnya ku di sana.
Atas rahmat Nya.
Harapan dan perjalanan ini daripada seorang hamba pada Penciptanya.

Aku perempuan.
Pasti ada batasan.
Waktu dan kawasan.
Cukuplah sesiapa menemankan ku.
Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong temankan aku melawat Rasulullah.
Tolong temankan aku berdoa di Raudah.
Pada setiap masjid dan apa yang disaksikan.

Sepenuh kiriman doa yang dititip.
Penuh juga harapan aku untuk kau berada di sana mendoakan ku kelak disini.
Doakan apa sahaja aku terima.
Tolonglah doakan.
Tolong relakan.

Kelopak mata dipejam.
Rapat.
Serapat yang bisa.
Aku tunggu saat itu, aku tunggu jiwaku merasa itu.
Biarlah ia meresap penuh, memenuhi runag dan peluang.
Tanpa sisa.

Allah!
Aku hanya hamba. Hamba.
Penuh dosa.
Dosaku bagaikan pepasir di pantai.
Tapi akulah hamba yang mengharap belas dariMu.
Aku banyak dosa, ya Allah.

Tolong lagi sekali.
Doakan aku.
Terima kasih…

Wednesday, April 25, 2018

Tolong doakan aku

Ini versi pendek.
Seperti yang korang go through my Facebook.
Yang some aku ada post, ada skip gak.
No Istagram.
No Facetime.
No. And no.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
InsyaAllah dalam waktu terdekat akan berangkat ke Mekah.
Perjalanan luar biasa bagi yang telah banyak kali mencuba dan gagal.
So,
Tolong doakan.
Tolong relakan.
Serta, ingin juga berterima kasih dan memohon maaf untuk semua rasa yang pernah diberi dan diterima.
Atas hutang, perilaku, kata-kata yang mana mencakar hati dan perasaan.
Maaf lagi sekali.

Anyway, for the first time in my life, I will share publically with you all about my diaries blog!
Yang actually telah lama wujud.
Dngan beribu luahan.
So,
Agak-agak if you missed me. Hahhahha…
Korang boleh go through kat sakuraadibah.blogspot.com
And all those sambungan part membebel ada ye kat sana, with fully cover.
Tolong jangan sebotaj ke whatever. ‘Coz everything in there, guys.
Tentang my life, my family, korang dan tentang dia jugak.
Eh.

Take care.
And I will miss you too.
#onmywaytomecca2018 #foreverdoakanakuplease #tolongtemankanakumenangisdepankaabah




Hasil carian imej untuk weheartit apologize

Saturday, April 21, 2018

Manusia dan manusia

Assalamualaikum.

Manusia.
Dan manusia.
Mungkin antara manusia ini dan manusia itu, pemikirannya tak sama.
Kerana usia.
Kerana pangkat.
Kerana segalanya.

Dia buatkan manusia ini rasa sedih.
Sebab dia kecewa teramat.
Sepanjang dalam hidup.
Manusia ini daripada dulu juga bukan sempurna, namun cuba menjadi sebaik manusia lain.
Dia melakukan apa yang terbaik untuk dicurahkan.
Kebaikan demi kebaikan.
Harapan demi harapan.
Dan dia tetap berharap pada yang atas.

Apa yang dia buat, adalah kemahuan rasa manusia lain patut buat pada manusia lain.
Sebab dia tahu,dia tetap manusia.
Dan atas dasar persaudaraan.
Ini sepatutnya.
Inilah seadilnya.
Untuk manusia itu.
Dan manusia yang lain itu.
Tapi apa manusia ini dapat?
Dia tak dapat apa-apa.
Dia tak kisah.
Dan dia tak minta apa-apa.
Sesen. Sejumlah kasih sayang. Atau apa.

Dia cuma mahu, boleh tak hargai atas apa yang dia beri.
Boleh tak beri dia peluang sebelum ayat mematikan niat.
Dia bukan derhaka.
Sebab tu dia diam.

Wakaupun itu nampak kecil.
Tak terusik.
Tak terjentik.
Sudut hati, ia memujuk manusia ini.
Dibelai hati dan dijahit rasa.
Benar.

Tapi dia tak kuat, akan kata-kata yang diterima.
Biarlah manusia ini.
Ia sekadar manusia.
Dan menjadi manusia.
Titik noktah nya juga pada manusia.

Tuesday, April 17, 2018

Masuk penjara


Nasihat aku
(aku hujung-hujung nih, banyak guna aku-kau. Sorry guys!)

Aku nih bukanlah dalam spesis manusia yang pandai memandai nak bagi-bagi nasihat.
Nak tunjuk mana betul, mana salah.
Ke nak hukom mana-mana pihak on your behalf.
Tapi kalau kau nak tahu apa nasihat aku tentang diri kau. Secara randomly. Sure.
Aku lagi suka.
Bacalah tentang apa yang bakal aku tulis. Silakan.
Pesan aku, hati mau kuat.
Kalau rasa nak stop, stop jer.
Esok, lusa ke tahun depan… sambung baca lagi.

I can be a good listener. Good shoulder to cry on.
Sweet tak? Hhehehhe…
Kalau kau nak cakap, kau dah buat dosa itu ini.
Zina sana sini, minum arak, dadah, suicide or lebih daripada itu…
Serius. Aku bukan sesiapa nak hukom kau.
Dan mereka bukan sesiapa nak judge kesalahan yang kau pernah buat.
Itu hidup kau.
Itu pilihan yang kau pilih.

Sebab bagi aku.
Masuk penjara tak semestinya bersalah, undang-undang manusia.
Tapi kalau masuk neraka tuh dah pasti salah. Sebab hukuman Allah tak pernah silap, saksinya tak pernah menipu.
Dan even kau memang bersalah.
Kau mengaku itu, kau yang buat.
Memang betullah penjara untuk kau. Dan neraka juga untuk kau.
Betul tak?

Tapi, kau kena ingat. Macam mana kesalahan besar kecik yang kau buat.
Kau masih hidup.
Kau masih bernafas, paru-paru kau masih menyedut udara Allah.
Allah masih sayangkan kau.
Dia masih beri kau peluang.
Peluang yang entah ke beratus kalinya.
Yang kau sendiri tak terkira dengan jari jemari.
Itulah harapan Allah pada kau.
Dia masih menunggu kau.
Ku jer yang bongkak pada Pencipta sendirik
Tak malukah engkau?

Kau angkat tangan kanan.
Kau letakkan kat dada kiri.
Kau pejam mata rapat-rapat.
Kau dengar denyutan jantung kau sendiri.
Dan kau tanya diri sendiri, kau nak tunggu bila baru nak berubah?
Jangan sampai denyutan ini menhempaskan lelahnya.
Dan kau baru nak memuntahkan kekecewaan.
Jangan.
Jangan sampai terlewat, wahai engkau.


Hari ini kau cakap kau jahil, esok mungkin kau adalah yang paling berilmu.
Hari ini kau cakap kau dibenci, esok mungkin kau adalah yang paling disayangi.
Kau fikir itu.
Kau hadam itu.
Kutiplah sisa-sisa hidup kau.
… Dan jika benar kau mahu berubah.
Sikit pun jadilah.
Lambat pun tidak mengapa.
Biar hina di pandangan manusia. Jangan sesekali hina di pandangan Allah.
Jangan.

Image result for weheartit islamic

Itulah nasihat aku untuk kau.
Aku tahu kau dah biasa dengar, baca ayat-ayat kat atas tuh.
Hati kau mungkin keras.
Kau susah nak terbit rasa dan perasaan pada ayat-ayat tersebut.
Bukan salah kau.
Tapi salah iman kau.
Aku hanya boleh berdoa daripada jauh.
Untuk kau.

Tak salah menyesal.
Akan apa ynag telah terjadi.
Benda dah jadik. Nak turn over time, sipalah kita.
Tapi, 

Daripada situ kita belajar.
Tapi kita ambil ikhtibar.
Kita jadikan garisan perubahan.
Betul tak?


Aku hidup dengan matlamat.
Aku tahu aku tak hidup lama.
Sebab dunia nih bukan aku punya.
Andai esok aku mati, amalanku hanyalah seinci. Dosa aku menggunung tinggi.
Betul aku tak tipu.
Sebab aku pon baru nak berubah, baru nak belajar agama.
Kita sama.


Tapi, aku cakap lagi sekali, aku hidup dengan bermatlamat.
Aku mahu perginyaku bukan dengan sia-sia.
Jadi setiap hari, aku berharap ianya lebih baik daripada semalam, atau kelmarin.
Kerana hati aku mudah goyah.
Merintih bila pedih.
Lelah bila rebah.
Tapi aku akan terus mendaki.
Biarpon kakiku menggigil kepenatan.
Tolong doakan aku.


Aku pon sentiasa doakan kalian.
= )

Sunday, April 15, 2018

Yeah, it's my idea!

Assalamualaikum.
Nah, sambungan dia.

Pastu bila in serously part start simpan duit. 
Terus simpan perasaan.
Pendam keterujaan.
Untuk semua keduniaan.
Kawan ajak makan ker. Ajak pergi sana-sini.
Sebab i know my limit.
My target.
Itu utama.
Daripada yang lainnya. Maaf guys.

Sebab apa nak jadi, kena usaha.
Kena hati kental.
Pasti boleh. InsyaAllah.
Cuma ajal jer memisahkan niat dengan caraku.
Tu jer yang mengguatkan segalanya.

My story...
Sampai satu tahap, duit kat dalam poket tinggal RM 10 untuk survive selama seminggu before dapat gaji. Bayangkan?
Nasib time tu, duit minyak motor penuh.
Pastu just survive dengan makanan apa jer la yang ada.
Roti dan biskut. 
Tapi, Allah bagi jugak rezeki.
Dapat hari-hari orang bagi makan kat spital sana.
Roomate bagi makan.
Even tak cakap pon, tak ada duit.
Alhamdulillah. 


Pastu, even gitu. Sempat cover my kakak punya wedding sikit.
Tapi dia bayar balik.
My adik punya sort things. Nih pon dia kata nak bayar ansur-ansur.
Actually, nih semua tak masuk pon dalam my aim target.
I put at the side.
Because i know, this is nothing.
I can't count any cent with them.
They're came from my own blood.

Tak ngadu pon kat sesiapa tak ada duit.
Even my emak or ayah, macam dulu-dulu.
Because now, it's my life. Itu my own decision.
Biarlah jangan susahkan orang lain.
Mak, dia dah susah time kita kecik sampai kita besar.
Jangan susahkan hati dia lagi.
Ayah, dia adalah lelaki terkuat dlam hidup ini.
Jangan susahkan hati dia jugak.

Tak ada niat nak bawak korang nangis sama.
Mengenai kisah hidup tak seberapa ini.
Tolong sapu sikit, air mata tuh.
Malu orang tengok.

And even, kawan tolong bayar duit makan.
I will bayar balik.
Tak kiralah berapa hengget pon. Itu duit mereka.
'Aku belajar memberi sebab aku pernah tahu apa itu kesusahn menerima'
Bayar, tetap bayar.
Sebab degil.

Susah jugak sebab degil.
Benda nih, tak siapa tahu. Kalau ada pon, certain people yang rapat jer.
Sebab satu tak nak tahu apa diorang fikir.
Second, tak nak dergar mereka punya pendapat.
Kan, degil kan?
Hahhahahah...

And. Alhamdulillah.
I got what i want.
I trust Tabung Haji.
My journey going to the end.
My idea, my plan sudah hampir siap.
And i'm very proud of it.
Terima kasih Allah.

Mecca, i will datang dengan hati yang penuh debar.
Dan Engkau akan menyaksikan segalanya.
InsyaAllah.
Aamin!

Saturday, April 14, 2018

Pandangan Allah

Assalamualaikum.

Khamis lepas. Sempat pergi dengar ceramah kat Surau. Macamlah sebelum-sebelum nih tak pergi kan.
Ni macam lain sikit ar.
Mula-mula memang kalau ikut badan, Magrib and Isyak jela kat rumah.
Tapi, alang-alang dah berpuasa. Hati nih cam lebih tertarik nak berbuka kat Surau.
Lagi best.
Gituuuu.

So, dapatlah satu bijik karipap.
Dengan air kosong.
Sumpah kenyang sampai malam.
Pastu dengar ceramah pon sikit jer ngantoknya.
Tak der la sampai tahap berdengkur, meniarap.
Just tersengguk tuh biasa lah.
Nasib tu la, tak heavy time buka tu. Syukur.

Ustaz tu citer pasal Israk dan Mikraj. Dan ustaz tu cakap...yang rasa menusuk di kalbu adalah.
Adakah Allah pandang kita dengan pandangan nikmat, ke pandangan laknat?
Rasa diri ini teruk kan.
Kita seteruk itu ker?
... ustaz tu pon cakap, macam mana nak tahu Allah pandang kita dengan nikmat adalah bila hati kita more pada akhirah.

Kerja pon kerja jugak.
Kerja macam nak gila...pagi sebelum matahari naik dah terpacak depan pintu pejabat.
Malam lewat, baru balik.
Pastu cakap gaji tak cukup lah, ni la tu la.
Ustaz tu cakap, kerja. Carik rezeki halal tu memang wajib.
Rezeki tuuuu...
Tapi, berilah perhatian pada yang memberi rezeki. Allah.
So, solat jaga. Sedekah. Puasa.
Nescaya, Allah yang jaga kita.

Image result for weheartit islamic

Bila time have fun ke apa pulak.
Tapi bila time dah azan tu, jangan tetiba buat-buat gila ke. Hilang ingatan ker.
Kang hentak kepala kat dinding betul-betul kang, baru tau.
Hah, so... biarlah tegur sapa. Ingat menggigat, kan.
Barulah sama-sama Istiqamah.
Alhamdulillah.
Sweet tak? Hahhahah...

Anyway.
Best sebenarnya dergar ceramah live depan mata, kaki telinga.
Selalu dok tengok kat Youtube, and those internet.
Suasana dan penghayatan berbeza.
Teruskan usaha!
Cayok!

Bai.

Friday, April 13, 2018

Kek lapisssssh

Assalamualaikum.

I doono if you wanna cakap, can't it be real? Like seriously? .... ke apa ker.
But it's a true story.
Tak menagih simpati. Dan tak kisah pon actually.
Just wanna share that... this is me.
I missed this part of me.

So, my akak ada kat Sarawak. And she said, what i want from here to semenanjung?
I replied. Can i get those kek lapis, please.
And she's like, oh ok.
And offer untuk my others friend turut sama put on order.
Maka bertimbunlah kek lapisnya.

And after she balik kat KLIA. Amik grab and drop at my hospital.
Which adik dia ni, kelam kabut tinggalkan set dan berlari ke lobby.
So, i got two boxes full of kek lapisss.
Huh. Thank you so much to my sister and her husband and sopheas kuasa dua.
Will get back to you soon.
Sebab ada balance Rm 30 hengget tak bayar lagi.

And after that.
Pergi pantry department. Asing-asingkan. Seriau gak sebenarnya. Takut termissed la kan.
And. Ada jugak put order last minute.
So, i can't say no. Korang amik jela apa yang ada.
Tu je hah yang tinggal.
Sorry guys.

And at the end.
Nothing for me.
Tak kisah pon.
Sebab i also tak charge anything. 
Tak per lah. Rezeki depa.
And i also, tak rasa nak makan pon. Ayat sedapkan hati.
Eh, tak adalah. Serious, memang ok jer.
Tengok orang makan pon dah happy.
Really. Me and sweet is not a good combination. Biasa-biasa jer.
Because antara kek and eskrim. I more to ice cream. Heheheee...
Sebab dia ohsem!
Ok lah. Lets see what can i do next.
Bai.

Thursday, April 12, 2018

Ideaku?


Assalamualaikum,

Now, open up sikit untuk post kali ini.
Mari kita cakap pasal my idea untuk ke arah #onmywaytomecca project.
Yang korang mesti teruja nak tahu.
Nak sembang kencang.
Nak bawak membawang ke apa kan.
Fuh. Jangan la jahat sangat ok.

So, 
Untuk pengetahuan korang. Benda nih memang dah lama dah plan.
Since dapat seru at umur twenty three.
Dimana, i got my own dream.
My own aim.
So daripada situ.
Terus plan nak gi Mecca.
Macam mana sekalipon.
Nak jugak cecah kaki ni kat Tanah haram.
Tunaikan impianku ya Allah!

Korang nak gelak boleh. Sebab, my first attempt. 
Gagal.
Totally gagal.
Sebab... nak pergi kena bawak mahram.
Memang kata orang tuh. Frust tonggeng kalah putus cinta lah.
Siap nangis-nangis gak, rasa macam useless gila hidup.
Kenapa cintaku terhalang?
Kenpa?
Kenapa?
Drama kan.

Pastu, dah stress. Duit tu... gi buat bayar deposit kereta.
Hamik.
Maka. itulah munculnya kereta dalam hidup ini.
Buat kerja gila.
Hahahahh.

So, who is my mahram?
Tak puas hati, kan.
Husband?
Tak kawen lagi ok. Kalau time tu, ada sesiapa curhat pon terus ajak kahwin. Biar dia boleh teman.
Hohohooo.
Tapi tak gila or terdesak sangat.
Then, orang paling dekat?
My one and only ialah my ayah.
Then, alang-alang bawak ayah. Mak pon join list.
Kang tak nak la bab terkecik ati ke apa.

Pastu pulak,  sebabkan as my ayah kena light stroke.
He can walk, but in slow motion. And unstable.
So, i decide. Bawak la sorang lelaki temankan dia.
Senang nanti kat sana.
Yelah batas nak masuk toilet and tempat solat semua.
So, another man? 
Husband pon tak ada jugak.
Adik lelaki lah jadik sasaran.

Bagus jugak.
Sebab untuk bawak dia nih. I got a chance to change him.
Dia dan kisah silam dia.
Moga-moga la kan.
I pray Allah hear my niat.

Then, sebab nak bawak sampai empat orang.
Maka. Terdiam sekejap.
Satu. Dua. Tiga. Empat.
Gila .
Gila sangat deh.
How can i bring semuanya sekali.
Diri ini bukanlah lahir dalam keluarga berada.
All money boleh tabur-tabur.

So, just... Insyaallah. Redha jela.
Ada rezeki, ada lah. 
Berserah.
Niat baik akan dibalas baik. Doa banyak-banyak je time tuh.

And time tu jugak, terus buat keputusan.
They all under my fully sponsor.
Kalau sebelum-sebelum nih, Allah bagi rezeki belajar under banyak sponsor since daripada sekolah rendah lagi.
Why not kali nih, it'a all under me.
May Allah ease everything!

Then, pastu busy and those kerja memanjang.
Itulah cara Allah bagi rezeki.
Alhamdulillah.
Syukur.
Sampai demam ke apa, tabahkan diri pergi kerja. 
I got my own motto, my own aim.

Nak travel, enjoy pon dalam Malaysia.
Nak shopping pon ada had.
Tahan hati, tetapkan iman.
Nasib tak ada too much komitmen.
So all fine.
And tersusun.
Buku financial sentiasa update.

.... Bersambung!

Wednesday, April 11, 2018

Al-Bakarah: 45

Assalamualaikum.

Hai.
As my programmed for investigate more and understood more about Quran.
Something deep will i present for you today.
Even,
Felt like i read less than expected because i'm still at Surah Al-Bakarah for more than a month!
Not so proud of it actually.
Wonder that because too much i take for every sentence?
Or because i'm too busy and no time for reading Quran?

Whatever my reason are...  i'm not gonna trust myself for skipping every words.
Not me.
I can't do that.
I cannot.
You can'rt make me do that.
Sorry for that.
Please deal with it.

So, let focus sentences, 45. And the meaning behind it.
...
*It (solah) is indeed hard (burden) except to those who humbly submissive (to Allah).*



Pregnant pause there,
For explain more about it is not so my speciality.
ButIt's explain Allah words about solah.

I donno about you all, my first time i saw this... my heart adrenaline rush.
I know Allah said about me.
He said what i felt about the solah.
That how hard it is.
Like i said, it's burden to us.
Battle some more with dhunya... working time.

But Allah as The Greatest, He our God.
The One gives us strength, what we focus on.
His blessing and heaven.
And if we not do what he said to pray (meaning remind about Him),
How can we get His blessing?

Someone who refuses to pray, should not complain about his problem.
Am I right?

Life goal: never miss solah.

Tuesday, April 10, 2018

Debor tu lain macam

Assalamualaikum.

Bila nak teruskan project #onmywaytomecca nih.
Rasa tu bercampur-campur.
Tidur tak lena.
Mandi op kos basah.
Makna kelam kabut.
Nak buat camna.
Debor betul.

Hasil carian imej untuk weheartit strong

So, time tengah dergar ceramah, tarbiah kat you tube.
Tertengok la lagu Raihan.
Lagu I'tiraf daripada Kumpulan Raihan.
Layan betul.

.....
Wahai Tuhan ku tak layak ke syuga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilaahi lastulil firdausi ahlaa
Walaa aqwa ‘alaannaril jahiimi
Fahablii taubatan waghfir dzunuubi
Fainnaka ghofirudzzanbil ‘aziimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu

Kamilah hamba... yang mengharap... belas darimu...

....

Layan lagu Lagu nih,
Kalau sebut depan Kaabah.
Depan Pencipta.
Depan orang berkuasa kepada semuanya.
Tangkap leleh.
Menangis woo...

OK, sambung sedey.

Monday, April 09, 2018

Penat hal dunia

Assalamualaikum.

Aku memang jenis, selagi aku boleh buat.
Aku buat.
Aku tak suka susahkan orang lain.
Even dia mak aku ke.
Ayah aku ke.
Abang aku ke.
Akak aku ke.
Adik aku ke.
Kawan-kawan aku ke.
Or sesiapa pon.

If benda tu, diorang tak merasa apa-apa.
Aku tetap rasa aku nih menyusahkan jugak.
Aku telah membebankan hidup diorang.
Sebab diorang buat benda on my behalf.
Or part kena temankan aku ke.
Sometime, ada yang jenis suka if aku relay on diorang.
Tapi, tu nampak macam aku lemah.
Aku tak gheti buat kerja.
... Dan aku tak suka peurasaan tuh semua.

Dan baru-baru nih.
Depa bincang pasal siapa nak hantar mak ayah untuk pergi umrah.
Aku macam?
Kenapa kena ada soalan sampai macam tuh...
Kenapa?
Apa sudah jadi sebenarnya dalam hidup keluarga aku.

Mungkin, ia memang salah aku.
Aku terlalu yakin akan makna pertolongan.
Makna berbakti.
Makna kita adalah adik beradik.
Silap aku sendiri.
Aku patut selesaikan ini semua.
Kan.

Aku tahu aku yang plan semua ini.
Aku sorang jer yang excited, terkinja-kinja melompat-lompat nak pergi sangat.
Aku kumpul duit sorang-sorang.
Aku tak kisah aku tak makan ke.
Yang aku tahu, aku dah tolak duniawi.
Aku nak akhirat. Aku nak saham akhirat. Aku kejar itu.
Sebab tu, aku sanggup sponsor semua. Sebab tu, aku sanggup uruskan urusan semua sengsorang.

Aku yang nak sangat pergi.
Degilnya aku untuk pergi Tanah Haram.
Padahal. Mak ayah adik lelaki aku pon tak kisah apa.
Aku jer.
Manusia yang dah penat dengan hal dunia.
Betul.
Aku nak rehat.

... Dan bila gini, aku memang kecik hati.
Hati aku sedih. Aku menangis.
Kecewanya aku pada ahli keluarga sendirik, yang aku sayang sangat.
Ada tak dapat cuti.
Ada nak pergi convo.
Ada hal keluarga.
Dan itu ini.
Aku salahkan diri sendiri.
Aku nampaknya dah susahkan mereka.
Aku tak suka itu.

Aku cakap. Tak apalah, hantar la mak ayah gi airport Senai.
Nanti pandai-pandailah aku sambut mereka kat KLIA.
Itu mak aku.
Itu ayah aku.
Itu adik lelaki aku.
Mereka darah daging aku.
Jangan kau cakap mereka menyusahkanmu.

Even, aku sendiri akan naik LRT. Train...pergi KLIA.
Sebab aku tak nak susahkan sesiapa.
Aku tak nak ambil grab. Duit tu aku boleh buat derma kat pakcik, mak cik cleaner kat KLIA.
Tak apa. Aku harap.
Asal bila mereka keluar departure gate nanti, aku dah ada depan mata.
Sebab aku yang cipta semua ini.
Aku yang reka perjalanan ini.
Aku kena bertanggungjawab.

Time tuh, aku nak minta maaf sebab memenatkan mereka.
Aku tak dapat nak sediakan tempat mereka nak berehat sekejap.
Tidur ke apa.
Makanan ke apa yang ikut tekak.

Hanya perjalanan ini yang mampu aku hadiahkan.
Perjalanan yang tak seindah mana.
Cukup untuk dihargai.
Cukup untuk mereka kekalkan dalam ingatan.
Dan moga-moga ia membawa perubahan yang baik pada setiapnya.
Itu doa aku.

Dan aku harap biarlah perjalanan ini berakhir dengan seperti yang diharap dan ia tak menyusahkan sesiapa.

=)

Sunday, April 08, 2018

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.


Hasil carian imej untuk weheartit mecca

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Dan jangan sesekali kau seka airmataku.
Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya.
Bagilah ia masa.
Banyak yang ingin diceritakan.
Terlalu banyak yang ingin diampunkan.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa.
Kerana bicara hatimu,
Akan aku biarkan berdesis dalam senyap.
Pesan aku pada kau. 
Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya. 

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jangan juga dihulur kain simpananmu.
Takut nanti tidak berani aku sambut.
Dan kau ingat aku menyisihkanmu.
Kerana bukan itu maksudku.
Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap.
Ia tidak mampu aku lepas.
Pada langit, aku tahu Dia mendengar.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Cukuplah kau berada disampingku.
Duduk depan tanpa melihat ke belakang.
Menyaksikan aku jatuh memikirkan kedosaan diri.
Entah apa dalam fikiranmu.
Aku malu pada diri sendiri.
Yang diselaputi penyesalan beribu.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jika benar kau sayangkan aku.
Selitkanlah aku pada doamu itu.
Berdolah lagi untuk aku.
Aku perlukan doa sebeitu untuk bahagia.
Dan moga dimakbulkan Tuhan hendaknya.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Pada dingin pagi, kau temankan.
Pada dingin malam, kau temankan.
Setiap langkah yang diambil.
Teruskan berjalan, walaupun perlahan.
Seribu rasa.
Seribu rahsia.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong.
Biarlah maafku ini yang tiada pengakhiran.
Utuk diri,
Untuk kau,
Untuk mereka.
Dan kepada Dia.

Wednesday, April 04, 2018

Ubi rebus

Assalamualaikum.

Hari ini bagi makan ubi rebus untuk budak kat my department.
Selesai.
Alhamdulillah.
Rezeki bagi-bagi.
Ubi kayu daripada kampung masa tu... jiran bagi free.
My emak soh bawak KL.

Sebab tahu kalau dok kat kampung tu, bukan ada orang makan pon.
Tapi dia tak tahu, anak dia pon bukanlah kaki makan.
Hahhaa...
Lastnya, bagi kat orang lain.

Orang bagi rezeki, kita bagi orang lain pulak.
Memanjangkan rezeki gituuu.
Tak salah kan...
Hehhehe.

Diorang makan camtu jela.
Sebab tak ada la sambal ikan bilis ke apa.
Kelapa ke.
Gula diabetic ada la.
Pandai-pandailah hidang sendirik.

Dah tolong rebuskan, seikhlasnya pon da kira ok.
Tu jela.
Next time try nak belanja diorang makan.
Before pergi for my #onthewaytomecca project.
Insyaallah jika berkesempatan.

If tak, ingat nak bagi orang tepi jalan makan jer.
Senang gak.
Kan.
Oklah.
Bye!

Mrs Mariam and her new husband

Hello.

On March 25, 2018 my sister Mariam was married to her new love man. The theme mixed of cream and pink, I like where the small-small flowers everywhere. Her wedding designer did a great job and the place turn into such a beautiful views. The foods are nice and delicious, and we received lots of cakes and dessert from neighbor and relatives. She also got many presents!

I don't have much story here because I only day off for two or three days because of work hectic. At that time I just applied for continues my study at University Malaya. Then I have to wait for the confirmation around June they said. I also just hold a new discipline in the department; Obstetric and gynecology... Alone. 

Whatever it is, everything going smooth and I wish you a happy life. Congratulations for both of you! 




Tuesday, April 03, 2018

Senyum.

Assalamualaikum,

Senyum.
Itu sedekah.
Untuk mereka yang suka memberi.

Senyum.
Itu bahagia.
Untuk mereka yang tahu menghargai.

Senyum.
Itu mudah.
Untuk mereka yang telah penat dengan dunia.

Dan untuk itu,
Senyumlah.
Selagi ototmu masih boleh mengukirnya.



Hasil carian imej untuk weheartit

Sesedih mana kehidupan.
Penat mana menangung kerja.
Lepas kena marah ke apa...
Sebuah senyum mungkin adalah segalanya.
Bukan untuk diri sendiri.
Manusia sekelilingmu jua.

So just smile.
= )

Monday, April 02, 2018

Fajr Prayer is hard?

Assalamualaikum.

According to Prof Dr Abdul Malik Karim Amarullah, Hamka; 
If you want to see Muslims, come to the mosque on Eid and Hajj prayer. But if you want to see a true believer in Islam, come to the mosque at dawn (Fajr prayer). That is different between them. Indeed, that Fajr prayer is the reflection of himself.  How? 

1-If the Fajr prayer is always maintained. That's a sign of safety from hell. (Jika Subuhnya senantiasa dipelihara. Itu tanda akan Selamat dari neraka).
2- If Fajr prayer is not there no missed. God protect him from all illusions. (Jika Subuhnya tiada dia tinggal. Allah melindunginya dari segala aral).
3-If the Fajr prayer is preceded by Sunnah prayer. Surely he got the whole world and its content. (Jika Subuhnya didahului dengan Sunat. Pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapatkan). 
4-If the Fajr prayer is in dark towards to mosque. In the darkness of the hereafter he finds the light. (Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla. Di kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya).
5. If from Fajr prayer to early Dhuha prayer, do some dhikir as well. Get the reward of Umrah and Hajj. (Jika dari Subuh hingga awal Dhuha, berwirid pula. Mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna).

However, please avoid this practices;

1-If the Fajr prayer is not taken care of. Then there was no light on his face. (Jika Subuhnya tiada dijaga. Maka pada wajahnya tiada cahaya).
2- If the Fajr prayer is deliberately forgotten. The mark of his deen is lifeless. (Jika Subuhnya sengaja terlupa. Tanda Imannya tiada bernyawa).
3- If the Fajr prayer feels heavy. The sign of the hypocrites is near. (Jika Subuhnya terasa berat. Tanda munafiq sudah mendekat).
4-If the Fajr prayer already doesn't care of. The sign of deen is approaching to death. (Jika Subuh tiada peduli. Tanda Iman menghampiri mati).
5-If the Fajr prayer is not in congregation. The sign of his life will be lose in His blessings. (Jika Subuhnya tiada berjama’ah. Tanda hidupnya akan kehilangan barakah).
6-If the Fajr prayer doesn't go to the mosque from before. The sign of his deen is infected by a disease. (Jika Subuhnya tiada ke Masjid. Tanda imannya ada penyakit).
7-If the Fajr prayer always delayed. The sign of his deen are getting flawed. (Jika Subuhnya selalu terlewatkan. Tanda imannya semakin cacat).
8- If the Fajr prayer is at the end of time. The sign of his deen are getting blurred or gray. (Jika Subuhnya diakhir waktu. Tanda iman semakin kelabu).
9-If the Fajr prayer is already noon. The sign of good benefit is gone. (Jika Subuhnya hari sudah siang. Tanda rezekinya sudah hilang).
10- If the Fajr prayer still snoring. Sign of the devil embracing him while in his sleep. (Jika di waktu subuh masih mendengkur. Tanda syaitan memeluknya dalam tidur).

والله اعلم

Hasil carian imej untuk subuh

Sunday, April 01, 2018

Cakar hati dan perasaan

Assalamualaikum.

Dulu selalu my friends akan cakap, that I don't have any feeling.
After diorang pung-pang-pung-pang dok cerita pasal orang itu orang ini.
Blame mana patut.
Or luahan hati ke apa ke apa.
I just stay cool.
Angguk sikit geleng kejap.
Tu yang diorang geram lah.

Benar, I'm a good listener.
I can give you my shoulder to cry on.
Big hugs if needed.
Or teman makan time stress.

The main part, pastu bila minta nasihat, i always be on middle side.
Always be positive.
Yeah, it's me.
Because i don't know the real story from the other side plak.
If tahu jugak, tetap cakap sesuatu yang baik.
Because why kept on salah menyalah.
Masam muka.
And perbesarkan something yang small metter.


Yang mana to me, boleh selesai cara mudah.
Just face to face.
Cakar hati dan perasaan kalau nak.
Pastu dah puas.
Apologize seikhlasnya.
Forgive.
And forget.
Insyaallah... rasa better.
Betul tak?
.
Tapi itu dulu.
The old me, that i missed so much.

Now, sebab lots of pengaruh. Gossip.
And those nonsense topics.
Rasa terhanyut sekali.
Tumpang blame, jadik batu api pulak tuh.
Astagfirullal'azim.

And for my #onmywaytomecca project.
I pray that i will be the old me.
I don't care if they don't like it.
Don't like me anymore.
Because rasa boring share something with me.
Yang will have bit only feeling.
As long as I'm happy dengan apa yang diperbuat.

Yeah.
Siapa kita hendak membuat keputusan atas kesalahan orang lain.
Mungkin di sebaliknya ada hikmah dan pengajaran.
Janganlah cari kebaikan di sisi manusia.
Carilah kebaikan di sisi Allah.
Alhamdulillah.

Smile!
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...