Search This Blog

Showing posts with label cerita di TBS. Show all posts
Showing posts with label cerita di TBS. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Buku yang patut (kaum wanita) miliki

Assalamualaikum.

Hei-hei-hei. Masa sabtu sebelum lek raya minggu yang lepas, aku selamat sampai kat TBS kol 1.00 petang. Tiket kol 02.15 petang… So, aku nak gi sembahyang Zohor pun belom masuk waktu. Dan aku bukannya mak minah kepoh nak round satu TBS tengok apa perkembangan bus yang terbaru kat situ (padahal terpacak dah slogan bus baru untuk bus daripada TBS ke LCCT). Hohoho… Nak melepak sambil duduk saja pun mata dan kaki aku tak larat. Nanti dalam bus seksa kena dok lima jam… mekasih jek la pada bangku yang tak berapa nak kosong tuh.

Nak di jadikan cerita… aku gi la adakan lawatan tak rasmi kat MPH area situ (kedai buku adalah pilihan nombor satu untuk menghilangkan masa terluang anda). Memula aku pusing-pusing situ coz nak beli buku tok cik Ziqa-tapi tak banyak pilihan… so, belek-belek-dan belek lagi-tak beli. Pastu aku gi jengah-jengah kat area buku berbahasa Inggeris-aku jumpa kartunis Lat punyer buku… nak beli, tapi tak rasa nak beli. Next time yer uncle Lat, aku soh sesiapa belanja tolong beli buku hang. Jalan sikit gi, aku merayap jadi kumbang versi manusia depan kaunter dan jumpa buku ini:

“DOSA-DOSA WANITA YANG DIANGGAP LAZIM”
Harga dia Cuma 40 henggit Malaysia. Aku kalau bab buku agama ini, tak berkira sangat. Yolah, tagline dia pun menarik… membaca buku-buku al-hidayah, anda selangkah mendekati Allah. Tanpa banyak pikir, aku pun gi bayar dan menuju ke ruangan solat perempuan. Waktu time tuh dah kol 1:45 beb… siap semua, aku gi balai berlepas.

Dengan penuh yakin, aku gi la gate 13. Pastu nak da kol 2:15 bus aku tak muncul-muncul. Orang yang menunggu pun tarak de. Aku pun tengok la tiket balik… gate 06, tempat duduk 13. Choi !!! aku pun gi la memulakan aksi berlari untuk sukan sukma-sambil berdoa yang bus aku tak lepas gi. Tanyer orang yang jaga kaunter depan pintu, dia cakap bus aku delay 20 minit. Horayyy!!! Manusia pelik yang gumbira sesangat coz bus yang di naiki delay. Gila tak gila la kan.

Memandangkan bus pun delay, bukak la buku… dan memulakan sesi menginsafkan diri di bulan ramadhan.

Sampai sekarang, aku tak khatam lagi… tapi, daripada apa bab dulu sampai la ni-aku memang sarankan kalau korang patut memilikinya sekarang.
Jika hang ni gegurl: korang patut ada buku gaya ini. Tersangat la bagus dan penuh makna. Kekadang kita tengok benda tu simple dan dipandang remeh tetapi ianya ada bukti yang Islam memandangnya dari sudut yang lain.
Kalau korang lelaki: korang patut hadiahkan buku ni kat wifey or orang yang tersayang. Mak, kakak hangpa pun boleh gak. Member itu lebih baik daripada menerima. Betol tak???


Selamat membaca!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...